Sulit
3 tahun
Badan panas dan kaki sejuk secara tiba-tiba
saya wanita berumur 22 tahun, saya nak tanya kalau badan saya panas tiba-tiba dan kaki dan tangan sejuk apa ya punca nya adakah masalah penghadaman saya kerana kurang buang air besar tetapi saya ada buat pam air di dubur saya mula dari itu saya sering berak cair seperti air, saya juga mengalami masalah sakit kepala di bahagian belakang buka di bahagian tengkuk, saya sudah berjumpa doktor dia mengatakan saya migrain cuma saya mahu tahu kenapa badan saya akn tiba-tiba menjadi panas adakah punca dari migrain saya doktor atau ada penyakit lain, kerana ikutkan saya tiada penyakit lain selain saya berbadan besar sahaja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, badan panas, kaki dan tangan sejuk boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan seperti dengue, virus lain atau kuman
- Penyakit kelenjar (ketidakseimbangan hormon)
- Gangguan saraf
- Gangguan saluran darah
- Penyakit autoimun
Kurang buang air besar dan migrain biasanya tidak menyebabkan badan panas atau kaki tangan sejuk.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan kami.