Anonymous
2 tahun
Masalah saraf kaki kanan
saya remaja yang masih belasan tahun dan mengalami sakit2 di bahagian kaki sebelah kanan.Kebiasaannya,saya berasa sakit hingga kaki saya terasa sangat sejuk dan menyukarkan pergerakan.Kaki saya juga mudah kebas dan terasa sukar untuk berjalan apabila kebas itu berlaku.Saya mengalami rasa sakit ini lbih kurg 3 thun namun ianya semakin kerap.Saya juga telah melakukan pemeriksaan x-ray namun tulang saya tidak mengalami masalah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi,kebas pada kaki boleh disebabkan oleh:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.