Sulit
3 tahun
Mulut senget ketika senyum dan gelak
Saya ingin tahu adakah saya mengalami bell palsy. Saya penah kemalangan pada 8 tahun yg lalu. Selepas kemalangan mulut saya jadi senget ketika bercakap senyum dan gelak. Disebabkan ada kecederaan pada telinga. Macam mana saya nak sembuhkan supaya saya dapat senyum, gelak seperti orang lain? Saya rasa malu dan kurang keyakinan disebabkan ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Bell’s Palsy adalah keadaan di mana otot-otot di satu sisi wajah anda menjadi lemah akibat trauma kepada saraf muka. Bagi kebanyakan orang, Bell’s Palsy adalah sementara dan akan hilang dalam masa beberapa minggu sehingga enam bulan. Bagaimanapun, sebilangan kecil orang terus mengalami simptom Bell’s Palsy untuk selamanya.
Antara komplikasi yang biasanya terkait dengan Bell’s Palsy adalah:
- Kerosakan irreversible kepada saraf muka
- Sykinesis iaitu kontraksi (pengecutan) sesetengah otot lain apabila menggerakkan otot lain. Contohnya, apabila anda tersenyum, otot mata pada bahagian yang terjejas mengecut dan menutup
- Akibat bahagian mata yang tidak tertutup, maka mata menjadi kering
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi muka anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.