Sulit
3 tahun
Sentakan/pergerakan tiba2 pd tubuh
Anak lelaki sy berusia 12thn. Sejak awal thn ini (2021), die mengadu ttg keadaan tubuhnya yg akan trsentak atau brgerak dgn sendri secara tiba2. Tempohnya x lame, hny seperti org yg trkejut. Kadangkala sy menghitung tiap selang jarak sentakan/pergerakan itu dlm 23saat atau 30saat. Adakah ianya brkaitan mslh saraf?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda menghadapi masalah tersentak atau bergerak dengan sendiri secara tiba-tiba seperti orang yang sedang terkejut. Saya akan cuba memberikan maklumat yang berkaitan situasi ini dengan baik.
Untuk makluman anda, sentakan atau pergerakan secara tiba-tiba ini sering berlaku sekiranya berada dalam keadaan dibawah:
- Kurang air dalam badan
- Stress
- Terlalu banyak caffeine
- Kurang tidur yang cukup
- Kurang bersenam
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Pengaruh ubat-ubatan
- Sindrom serotonin
- Penyakit berkaitan buah pinggang
- Amyotrophic lateral sclerosis
- Masalah saraf yang tersepit
- Neuropathy
Anak anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.