Sulit
2 tahun
Urat belikat…bahu kanan
Bahagian belakang bahu kanan,selalu sakit…dalam minggu nie saya xboleh nk tido pena…sakit tu sampi ke leher…orang cakap urat belikat…macam mana ea saya nak atasi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada bahagian belakang bahu kanan anda boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang dan bahu
- Radang saraf bahu atau tuang belakang
- Masalah saraf bahu sempit
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.