Sulit
3 tahun
Pipi sebelah kiri bergerak gerak secara tiba2 dna ketika makan. Adakah ini tanda2 bell’s palsy
Saya wanita berusia 26tahun, telah berkahwin dan mmpunyai seorang anak.
Sebelum ini saya rasa tak selesa mengunyah (kiri) dan beranggapan mungkin ada masalah gigi berlubang.
Tapi dalam tempoh dua hari inu, saya perasan pipi sebelah kiri(brsebelahan bibir) bergerak2 seperti saraf tertarik. Ia akan terjadi secara tiba2 atau ketika saya sedang mengunyah dan apabila saya memaksa untuk senyum tanpa menampakkan gigi. Ini tidak terjadi bila saya senyum sprti biasa.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Umumnya gejala penarikan otot muka yang tidak simetri boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit, antaranya termasuk:
- Gangguan saraf pusat
- Bells palsy
- Strok
- Multiple sclerosis
- Guillain-Barré syndrome
- Ramsay-Hunt syndrome
- Trauma saraf muka,
- Penyakit autoimmune (i.e Sjogren’s syndrome)
- atau penyakit lain yang memerlukan rawatan dari doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar saraf? Neurologist kami sedia membantu.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).