
Sulit
4 tahun
Najis berwarna hijau?
Hi doktor.sejak kebelakangan ini sya sering mengalami sakit perut dan najis sya berwarna seperti hijau muda,adakah normal jika najis sya berwarna seperti itu.perlukah sya mendapatkan rawatan?terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah sakit perut dan najis berwarna hijau ini boleh disebabkan oleh masalah penghadaman yang tengah berlaku pada usus dan perut anda. Gejala najis berwarna hijau tanpa simptom lain seperti sakit perut boleh disebabkan oleh perkara biasa seperti cirit-birit, tumbuhan hijau, pewarna makanan dan juga makanan tambahan besi (iron).
Namun, berdasarkan situasi anda, kemungkinan masalah yang dihadapi adalah disebabkan oleh jangkitan kuman, khususnya Salmonella dan Giardia. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan pendapat mereka serta mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi situasi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.