syamimei94
5 tahun
Payu dara sebelah kiri membengkak dan keras
Salam, saya ingin bertanya mengenai keadaan ibu saya. Keadaan payu dara kiri ibu saya membengkak dan keras di bahagian dalam. Apakah antara sebab-sebabnya ye? kerana sejarah keluarga kami tiada penyakit kanser. Dan ibu saya tidak mengalami kesakitan apa-apa di bahagian payu dara di kirinya dan tiada sebarang perubahan di payu daranya melainkan rasa bengkak dan keras sahaja. Mohon pencerahan.
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca gumpalan/ketulan di payu dara adalah:
- Cyst / kista
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dijalankan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!