Anonymous
5 tahun
Pendarahan selepas bersetubuh
Saya Wanita yang berumu 23tahun ingin bertanyakan tentang pendarahan ini…
Saya berhubungan intim dengan suami kemudian ketika or selepas sahaja ‘bersama’ saya dapat merasakan ada cecair yang keluar…Esok saya melihatNya ia adalah cairan flek coklat keluar dengan kuantiti sedikit…Hari KeesokanNya lagi saya dapat merasa ada cairan yang keluar dari faraj sekaligus perut sy sakit kadan cramp…sakit seperti nak buang air besar bukan,sakit seperti perut masuk angin bukan,sakit seperti gastrik bukan,sakit seperti segugut bukan…Tapi sakit,cramp…
Adakah ia NORMAL atau TIDAK NORMAL bagi saya?
Boleh saya tahu tentang kes saya ni dan adakah ia di setiap kalangan terjadi atau segelintir sahaja?
Apa yang saya perlu buat dan boleh saya tahu kenapa kes ini terjadi ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, gejala pendarahan setelah bersetubuh berlaku dalam 9% wanita yang masih datang haid, dan 63% dalam kalangan wanita yang sudah putus haid. Biasanya, penyebab keluar darah selepas perhubungan tidaklah serius kecuali sekiranya cik mempunyai sesetengah faktor risiko contohnya usia yang lanjut atau keluar lendir bernanah dari faraj.
Antara punca yang menyebabkan pendarahan selepas bersetubuh adalah seperti:
- Jangkitan kulat candidiasis (“vaginal thrush”)
- Fibroid
- Polip serviks (“cervical polyps”)
- Ektropion serviks (“cervical ectropion”)
- Faraj luka (“vaginal tears”)
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Penyakit kelamin (“sexually-transmitted diseases”)
Untuk mengetahui punca dan rawatan yang dapat membantu situasi anda, maklumat yang selanjutnya anda pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan. Anda adalah amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami untuk mendapatkan pengesahan masalah anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.