Sulit
2 tahun
Penyakit HIV / aids
Hye doktor saya nak Tanya if saya dgn suami berhubungan seks semasa period akhir dgn memakai kondom … Before kami bersama darah dah takde. Dan selepas bersama saya tengok ada keluar darah lagi.
Adakah mudah dijangkiti HIV?
Apa yang perlu saya buat adakah kena buat test HIV. Mohon beri pencerahan kpd saya. Saya sangatlah risau THANKYOU
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan pendarahan selepas hubungan seks. Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, HIV boleh tersebar melalui cairan badan yang telah dijangkiti seperti: darah, air mani, air mazi, cecair rektum dan vagina dan susu ibu. Sesetengah perlakuan boleh merisikokan anda untuk mendapat jangkitan HIV termasuklah seks tidak selamat seperti bertukar-tukar pasangan, perkongsian jarum suntikan dan peralatan perubatan yang tidak dibersihkan atau disteril terlebih dahulu.
Untuk makluman anda, tiada risiko HIV jika anda dan pasangan anda tidak terlibat dalam tingkah laku berisiko. Pasangan anda juga telah memakai kondom ketika hubungan dijalankan. Kondom merupakan salah satu kaedah kontraseptif yang boleh mencegah jangkitan kelamin.
Aktiviti seksual semasa haid tidak digalakkan kerana ia tidak higenik dan boleh menyebabkan jangkitan. Mengikut kenyataan anda, anda dan pasangan melakukan persetubuhan ketika darah haid sudah tiada dan terdapat darah selepas hubungan seksual dengan pasangan anda. Hal ini kebiasaannya adalah normal kerana pendarahan tersebut boleh datang dari sisa dari darah menstruasi anda.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.