
Sulit
3 tahun
Perempuan onani keluar mani dan selepas itu keluar putih susu kental
Saya p selepas beronani keluar mani perempuan dan selepas itu keluar cairan warna putih susu kental tetapi saya belum period adalah normal selepas beronani bgi perempuan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda berasa bimbang apabila terdapat cairan warna putih susu yang kental keluar selepas beronani.
Untuk makluman anda, cairan yang keluar selepas beronani adalah hasil tindak balas fisiologi vagina akibat daripada geselan yang berlaku. Cairan ini mempunyai warna yang bening dan tidak kental. Manakala cairan berwarna putih susu yang kental adalah sejenis keputihan yang biasanya juga berwarna bening dan tidak kental. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan keadaan keputihan anda menjadi berwarna putih susu dan kental seperti jagkitan yis yang mungkin ditemani oleh simptom berikut:
- Kegatalan pada bahagian vagina
- Bau yang hamis
- Ketidakselesaan
- Kuantiti yang banyak
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan