Sulit
4 tahun
Perut kiri berdenyut seperti jantung tetapi tidak sakit
Perut kiri saya berdenyut seperti jantung dan saya tidak merasa sakit atau ap2 simptom lain , umur saya 20 tahun and sebelum ni saya pernah kena buasir boleh saya tahu kenapa ia berdenyut , dah dua hari dia berdenyut , dan kelmarin darah sy begitu rendah iaitu 83/41 saya mengalami sakit kepala yang teruk … boleh saya tahu kenapa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jantung berdebar-tindak balas badan anda untuk memastikan bekalan darah masih disalurkan ke semua badan walaupun tekanan darah anda rendah
- Denyutan normal saluran aorta di dalam ari-ari
- Masalah dengan saluran aorta dalam ari-ari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan dan pemeriksaan harus dijalankan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana tekanan darah anda rendah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.