Sulit
3 tahun
Pesakit covid 19 dgn mslh heart palpatations
Hi saya merupakan pesakit covid 19, dan sepanjang tempoh kurantin sendiri dirumah…saya merasakan degupan jantung selalu di atas 100 . Paras 100 hingga 125…kdng2x paras degupan boleh turun ke normal 45 66 76 mcm tu.tetapi akan naik balik aras 100 dgn mendadak…saya dh cuba pelbagai cara untuk menurunkan kadar degupan antaranya dengn duduk sambil menomton tv, berbaring berborak…mendengar music yg bersesuaian…tapi masih sama…pergi ke tandas sahaja pun bolen menyebabkan paras degupan naik tiba2x…saya juga banyak minum air mineral dlm botol, kdng2x air suam saya merasakn 3liter tapi still sama…apa patut saya lakukan…ingatkan nak bertanya dgn kkm tapi kkm belum memberitahu bila 2nd swab dilakukan…sampaikan saya susah hendak tidur…haritu selepas 6 hari tak boleh tidur baru saya tertidur…dan sekarang nie…kembali seperti biasa x boleh tidur
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah jantung berdebar anda dan anda juga merupakan pesakit COVID-19, kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala degupan jantung laju boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang darah merah (anemia)
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Namun, gejala ini juga boleh menandakan perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Penyakit lemah jantung
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Bagi nasihat kesihatan jantung secara PERCUMA atas talian, sila klik link di bawah.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih