
Sulit
4 tahun
Punggung jatuh setelah melakukan hubungan intim
hello doc, sy mau tanya, adakah benar apabila selepas melakukan hubungan intim, punggung wanita akan jatuh? mohon pencerahan. tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, perubahan pada tubuh badan selepas melakukan hubungan intim boleh terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Namun, tiada kajian atau bukti sahih yang boleh menyatakan bahawa punggung jatuh adalah akibat melakukan hubungan intim. Hal ini kerana, masalah pada punggung mungkin boleh disebabkan oleh permasalahan yang lain.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.