Sulit
2 tahun
Sakit bahagian kepala kanan
hai doc, dua minggu ni saya alami sakit di seluruh bahagian kanan muka, pendengaran kurang sebelah kanan, tak selesa bahagian rahang, sakit belakang telinga, bengkak muka kanan, kepala kanan terlalu sakit, ngilu gigi kanan dan air liur kerap bertakung belah kanan, sakit leher kanan, bahagian telinga dalam merah dan rasa pressure mata kanan. dan doc cakap ada gangguan saraf tapi saya tak pasti saraf bahagian mana.
semalam saya pergi hospital. doc check ujian pendengaran dan telinga kanan kurang peka berbanding kiri. next appointment 2 minggu lagi. doc bagi ubat prednesolone 5mg 12biji x1 makan pagi dan malam untuk 2 minggu pengambilan.
boleh saya tahu bagaimana ubat ni bantu sakit saya? saya agak takut utk ambik ubat ni sebab dos saya perlu ambil terlalu banyak dan saya dapati ubat ni sangat kuat sebab steriod.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kesan jangkitan pada gigi berlubang
- Sakit kepala tegang - akibat stres atau sakit
- Migrain - pencetus seperti makanan coklat, keju dan minuman berkafein
- Jangkitan dalam telinga
- Ketegangan otot leher - menyebabkan rasa sakit kepala
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.