Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian bawah dagu ke tekak
Saya ada sedikit tidak selesa di bahagian bawah dagu, rasa mcm sesuatu… Lately ni bercakap lebih sikit atau suara kuat sikit tekak terus pedih… Bawah dagu ni kdg sakit x selesa… Skrg ni mmg sangat tidak selesa di bahagian bawah dagu ke leher… Boleh tahu antara sebab sebelum sy berjumpa doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit di bahagian bawah dagu ke tekak, rasa pedih ketika bercakap lebih atau suara kuat, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan pita suara
- Keradangan pita suara
- Radang amandel
- Polip pita suara
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda. Oleh itu, rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincangkan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.