Sulit
2 tahun
Sakit kepala di bahgian belakang tengkuk dan sakit belakang
Sya seorang lelaki berumur 18 tahun. Kebelakangan ini sya mengalami sakit kepala yng agak teruk diikuti dngan sakit tengkuk. Sya jga mngalami lower back pain dan urat di bahagian buku lali kaki kiri serta atas kepala kiri sya berdenyut-denyut,ini sngat merisaukan sya.Penglihatan sya jga terganggu kerana kehadiran eye floater di mata kanan sya. Smua hal ini amat mengganggu rutin harian sya. Apakah penyakit yng mungkin sya hidapi doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala dan belakang anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan tinggi
- Terlalu banyak pengambilan kafein
- Dehidrasi
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tegang
- Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu
- Ketegangan otot akibat postur tidur atau duduk yang salah
- Kecederaan pada leher akibat trauma
Floaters (bintik gelap dalam penglihatan) berbeza dengan light flashes (bintik bercahaya). Seseorang boleh mendapatkan dua-dua sekali. Jika gejala ini tidak sembuh atau bertambah buruk, sila menjumpai doktor dengan segera.
Saya amat menasihatkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.