Sulit
2 tahun
Sakit mata sebelah kanan. rabun jauh power 400+
hai doc, saya rabun jauh power dalam 400+. saya dah pakai spek mata yang sama selama 4 tahun tanpa tukar atau tambah power. dari awal saya pakai spek iaitu kira2 10 tahun lepas saya memang dah ada floaters dan flashes terutama ketika keadaan dalam gelap.
tapi baru2 ni saya rasa pelik dan sakit pada mata kanan saya dan juga turut rasa sakit kepala dan nyiru pada gigi sebelah kanan. mata saya physically semua okay tak ada merah atau benda2 yang pelik. saya confuse sama ada hanya migrain biasa atau simptom penyakit kronik. adakah ia simptom retinal detachment atau glaukoma? mohon penjelasan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Glaukoma
- Jangkitan pada mata
- Corneal abrasion
- Katarak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan . Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.