Sulit
3 tahun
Sakit perut. Tidak boleh buang air besar. (Can’t poop)
Saya wanita berumur 19tahun.
Sudah 9 hari berturut turut saya tidak dapat buang air besar…dan saya sudah mengambil vaksin dos satu…bolehkah makan ubat untuk membolehkan saya buang air besar selepas sudah beberapa hari divaksin? Dan apakah ubat yg perlu saya ambil? Minta pencerahan dari DOKTOR…terima kasih
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesukaran untuk buang air besar. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- kurang serat dalam diet
- kurang aktiviti fizikal
- sindrom gangguan semasa pembuangan air besar
- penyalahgunaan julap
- masalah dengan kolon dan rektum
- masalah dengan fungsi usus
- divertikulosis
Selain itu, berkaitan soalan anda jika anda boleh mengambil ubatan lain selepas divaksin, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!