Sulit
2 tahun
Sakit tekak dan kahak
Selamat Pagi. Saya ingin bertanya, kenapa setiap pagi saya kerap sakit tekak dan kadang-kadang tekak kering. Saya tak ada selsema atau batuk tp sakit tekak ni buat saya selsema dan batuk. Sakit tekak berserta kahak berwarna putih kadang-kadang kuning dan hijau. Selalu rasa kahak macam tersangkut dekat tekak. Susah nak buang kadang-kadang sampai satu tahap kahak saya bercampur dengan darah tp hanya berlaku sekali sahaja. Saya amalkan minum air suam, tetapi tekak masih sakit sehingga kering. Saya ada beli gula2 sakit tekak, tapi hanya ok sehari dua kemudian sakit tekak kembali. Saya guna vicks utk legakan apa yang saya rasa sampai kadang2 mcm nak masukkan vicks ni dalam hidung terus je. Perlu ke saya berjumpa Dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda mempunyai masalah sakit tekak setiap pagi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, antara penyebab sakit tekak pada waktu pagi adalah persekitaran bilik yang kering pada waktu malam seperti penggunakan pendingin hawa. Selain itu, tidur dengan mulut terbuka juga menyebabkan mulut dan tekak kering dan boleh menyebabkan gejala ini. Masalah lain seperti asid refluks juga boleh menyebabkan sakit tekak pada waktu pagi.
Memandangkan gejala ini kerap berlaku dan menganggu anda, anda amat disarankan untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan penyelesaian. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi dengan doktor secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda, terima kasih.