Sulit
2 tahun
Sakit tekak dan kerap sendawa
Salam sejahtera doktor , saya wanita berumur 19’tahun . Saya sering gastrik dan kadang kala tekak saya sakit dan sendawa pada satu masa. Selepas sakit tekak saya akan demam … adakah demam saya bersangkut paut dengan gastritis ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sendawa boleh berlaku untuk seseorang individu.Antaranya ialah :
- Gastroesophageal reflux disease(GERD)
- Masalah gastrik
- Ulser dalam perut
- Jangkitan Helicobacter pylori
Untuk pengetahuan anda,masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berkenaan masalah yang anda hadapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.