Sulit
3 tahun
Sembelit dalam pantang
Saya telah selamat bersalin pada 9/3/2021 secara normal tetapi dengan bantuan vakium. Bersalin mengikut EDD + 6 day. Sekarang hari ke 77 saya berpantang. Dan baby dah berusia 2 bulan lebih. Sampai sekarang saya mengalami sembelit yang teruk.
Semasa kehamilan saya pernah mengalami sembelit tetapi bukan selalu. Waktu kehamilan saya ambik obimin. Sekarang sangat seksa bila nak buang air besar. Saya ad ambik ubat untuk lembutkan najis tetapi kurang berkesan untuk saya. Rasa sakit sangat lepas membuang. Pedih hingga xboleh nk duduk. Adakah sembelit ni ad kaitan dgn vakium haritu? Bahaya x Dr klau sy sentiasa bergantung dgn ubt bila nk buang air bsar. Kdg kdg ad darah yg kluar bersama najis. Harap Dr boleh mmberi penjelasan dan nasihat untuk sy. Terima kasih Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis ia dinamakan sebagai sembelit. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih