
Sulit
4 tahun
Sukar tidur dan selalu terjaga
Saya mengalami masalah mengantuk tapi tak boleh tidur dan tidur tidak lena seolah mata dipaksa untuk buka menyebabkan saya sentiasa, terjaga waktu malam. Kadang kadang saya habya tidur setengah hingga satu jam sehari dan ada dua tiga hari saya tak tidur langsung walaupun ketika pagi atau petang. Tetapi saya okay dan tidak rasa lesu. Adakah ini insomnia

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, insomnia adalah suatu keadaan dimana seseorang individu mempunyai masalah tidur. Individu yang terjejas dengan penyakit ini akan mendapati diri mereka sama ada mempunyai kesukaran untuk tidur, kekal di dalam tidur ataupun rasa tidur yang tidak cukup dan puas. Tiada sebarang ukuran yang objektif bagi memastikan tempoh tidur yang cukup untuk manusia biasa walaupun secara umumnya kita dinasihatkan untuk mendapat tidur antara 6-8 jam sehari.
Penyakit insomnia ini berlaku apabila terdapat kekacauan di dalam tindakan mahupun penghasilan melatonin. Bahan kimia semulajadi ini bertanggungjawab bagi mengawal kitaran tidur normal untuk seseorang manusia. Sekiranya jumlah yang dihasilkan tidak cukup, atau pun terdapat masalah dalam fungsi melatonin itu, kitaran akan terganggu seterusnya membawa kepada masalah tidur.
Simptom-simptom yang biasa didapati dari individu yang terkesan dari insomnia ini adalah:
- Kesukaran untuk tidur dan kekal di dalam tidur
- Letih dan mengantuk pada siang hari
- Menjadi pelupa dan tidak dapat berfikir dengan tepat
- Menjadi murung, cepat marah dan resah
- Mempunyai tenaga yang sedikit
- Tidak mempunyai minat dalam melakukan sesuatu perkara
- Sering menjadi cuai, mengakibatkan kemalangan yang boleh dielakkan dengan mudah
- Sentiasa risau akan jumlah tidur yang sedikit
Adakalanya, perkara yang dinyatakan ini boleh menjadi sangat serius sehingga menjejaskan kualiti kerja dan hubungan dia antara penghidap insomnia dan orang di sekelilingnya.
Adalah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan untuk situasi ini.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.