Sulit
3 tahun
Sukar untuk telan makanan dan ubat .selalu sakit tekak
Masalah pertama:Saya selalu rasa tekak kering dan sakit.untuk saya menelan ubat sangat susah disebabkan gag reflex saya dan tekak saya rasa sempit dan kering walaupn dah telan air.saya juga menelan makanan dengan jumlah sikit berbanding orang lain dan kadang-kadang saya lambat habis makan.saya kena telan air untuk tolak makan tu setiap kali saya makan.setiap satu suapan makan tolak dengan air.sebab tekak saya rasa kering,sakit dan sempit
Masalah ke2:Saya juga mengalami alahan dimana tekak saya akan sakit dan saya akan demam atau saya akan rasa gatal-gatal diseluruh muka dan badan.doktor bagi saya pil ubat tahan gatal je.tiap-tiap hari saya rasa gatal.tak ada ubat sapu ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah sakit tekak dan kering yang menyebabkan anda susah menelan. Di samping itu, anda juga memaklumkan bahawa anda mengalami alahan yang menyebabkan gejala sakit tekak, gatal dan demam. Anda ingin mengetahui jika ada ubat sapu untuk alahan. Kami akan cuba membantu anda.
Bagi menjawab soalan pertama anda, kami memerlukan maklumat tambahan untuk mencapai diagnosis yang tepat. Namun demikian, secara umumnya, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Achalasia
- GERD (asid refluks)
- Esophagitis
- Epiglotitis
- Tonsilitis
- Ketumbuhan pada bahagian tekak
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti punca sebenar masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Mengenai soalan kedua anda, ubat alahan akan diberikan mengikut jenis alahan dan tahap keterukan alahan. Terdapat ubat sapu untuk menghilangkan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh alahan, tetapi sebaiknya anda mengikut nasihat doktor mengenai ubat yang sesui untuk anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.