
Sulit
3 tahun
Tekak terasa panas
Selamat pagi dr… Maaf nk bertanya… Kalau tekak terasa panas disebabkn apa ye dr?.. Dri mlm semalam sehingga hari ni tekak terasa seakan panas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan puan, kami memahami kebimbangan puan tentang kesakitan tekak yang sedang dialami. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat pelbagai punca gejala tersebut, antaranya adalah:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Karang tonsil
- Radang tekak ( laryngitis atau pharyngitis )
- Masalah struktur esofagus
- Refluks asid atau GERD
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.