Anonymous
5 tahun
Tekanan darah rendah, hipotensi
Selamat pagi doktor,sy nak tanya…kalau setiap kali cek tekanan darah dan didapati tekanan darah tu rendah,adakah bahaya kalau dibiarkn tekanan darah rendah tu? Dan boleh dikatakan ada dalam 2 ke 3 kali sahaja tekanan darah tk rendah 101/70… mcm tu, untuk makluman…kadang² rasa pitam dan pening tu ada juga,adakah ini kategori hipotensi atau bukan ye doktor?
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Tekanan darah yang normal untuk umur anda adalah 110 - 139 untuk tekanan darah sistolik dan 70 - 89 untuk tekanan darah diastolik. Tetapi untuk sesorang itu dikatakan menderita hipotensi, tekanan darah adalah <90 untuk sistolik dan <60 untuk diastolik.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.