
Sulit
5 tahun
Tersedak ketika batuk
masa baring saya tersedar tekak sakit perit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi serta saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Namun begitu, anda tersedak kerana mungkin benda asing seperti air liur atau makanan tersalah masuk saluran pernafasan. Badan bertindak balas dengan tersedak bagi mengelakkan benda yang tidak sepatutnya masuk ke dalam saluran pernafasan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.