Sulit
3 tahun
Tidak datang haid selama bertahun tahun
saya wanita 28 tahun,saya dapat masalah sejak umur 23 tahun…bantu saya dengan masalah saya doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah tidak datang haid selama beberapa tahun. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tidak datang haid untuk beberapa tahun adalah sesuatu perkara yang tidak normal dan perlu disiasat puncanya. Ia boleh disebabkan oleh masalah PCOS, masalah kesihatan kronik ataupun menopause. Kami memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaaan lanjut bagi membolehkan kami menyimpulkan diagnosis yang tepat untuk anda. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar sakit puan untuk nasihat lanjut. Anda boleh menghubungi doktor pakar kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.