Sulit
3 tahun
Tak period hampir setahun
Salam, hi doctor. Umur saya 21 tahun. Sebelum ni memang period saya x teratur sampai 2-3 bulan tak datang, tapi kalini paling lama sudah hampir setahun x datang… tapi saya mengalami simptoms senggugut tiap bulan, soalan sayaa. baru baru ni saya ada melakukan hubungan sx dgn pasangan. Then lepas tu saya ada buat test & positive… bole mengandung ke even dah setahun x period? Sebab mmg x subur kan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, haid tidak datang selama setahun boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista, PCOS dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Sekiranya kitaran haid anda biasanya dalam jangka 2 hingga 3 bulan, mungkinnya ia adalah normal bagi anda, namun, tempoh yang tertangguh selama 1 tahun mungkin disebab oleh punca lain. Selain itu, jika anda tidak datang haid, kemungkinan ovulasi serta kehamilan adalah rendah. Mungkinnya hasil test anda adalah positif palsu atau terjejas oleh faktor lain.
Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.