Sulit
3 tahun
Sudah minum ubat pecah darah tapi tidak juga dtg bln
Hai doktor, di sini saya ingin bertanya mgenai, masa saya 5bln brp mggu tidak dtg haid. Saya pergi ke klinik luar swasta. Untk cek ada apa mslh, dan saya pun cek air kencing mmg tidak mgndung lh bila scan pun mcm tu jg ada darah tp xtau bila bru Haid keluar. Masa tu scan mmg saya rasa x puas hati sbb sekejap je. Sekali jg saya beli ubat pecah darah… yang peliknya saya minum tinggal sebiji pil sahaja lagi… tapi masih tidak dtg haid… blh jelas permasalahan seperti ini…
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengambil ubat pecah darah kerana mengalami masalah haid lewat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain kehamilan, haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berat badan dan pengunaan ubat perancang. Di samping itu, masalah haid lewat juga boleh berlaku jika anda mempunyai masalah kesihatan lain seperti masalah tiroid, PCOS atau sista ovari. Jika ada kemungkinan untuk anda hamil, maka ubat pecah darah tidak akan membantu dalam melancarkan haid. Ujian UPT mungkin diambil terlalu awal oleh anda yang menunjukkan keputusan yang kurang tepat. Kami amat menyarankan anda untuk tidak mengambil ubat pecah darah tanpa nasihat doktor. Sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Anda boleh menghubungi doktor pakar kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.