Sulit
3 tahun
Tak datang bulan 3 bulan
saya berslin czer 3 tahun lepas . Lepas berslin ambil pil perancang . Genap anak 3 tahun , saya stop sbb rancang nak hamil . Tp saya tk period2 . Cek upt pon negetif ja . Tp tk dtg bulan . Adakah hormon blom normal ? Dan ada peluang ke ntuk hamil jika dah lama tak dtg bulan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid tidak datang selama 3 bulan selepas menghentikan pengambilan pil perancang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, apabila anda menghentikan pengambilan pil perancang, ia mungkin mengambil masa selama beberapa minggu hingga ke beberapa bulan (biasanya 3 bulan) untuk hormon dalam badan kembali kepada biasa. Namun kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut mengenai masalah anda. Hubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.