Sulit
3 tahun
Haid tidak datang pada tarikh sepatutnya
Saya wanita dalam umur 19 tahun…haid saya tidak datang pada waktu sepatutnya adakah ianya disebabkan vaksin yang saya ambil atau ada kemungkinan saya hamil walaupun suami saya tidak memasukkan alat sulit nya ke dalam faraj
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, haid tidak datang tidak semestinya akibat vaksinasi, yang paling umum disebab oleh beberapa perkara yang berikut:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit puan seperti sista, PCOS dan lain
Selain itu, sekiranya suami anda tidak memasukkan alat sulitnya semasa hubungan, anda tidak akan hamil.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah haid anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.