Sulit
3 tahun
Lama tidak datang bulan
saya wanita berusia 47 tahun. last period adalah Julai 2021 sehingga hari ini tidak datang bulan.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, wanita akan mendapat menopaus dalam anggaran umur 45 ke 51 tahun. Namun begitu, perkara tersebut perlu disiasat kerana terdapat juga beberapa sebab lain yang boleh menjelaskan mengapa kitaran haid anda tidak teratur, seperti:
- Umur: Remaja dan wanita yang menghampiri menopaus akan mengalami masalah haid tidak teratur
- Berat badan; Berat badan yang berlebihan akan mengganggu kitaran haid seseorang
- Ketidakseimbangan hormon
- Sindrom polisistik ovari ( Polycystic ovarian syndrome atau PCOS)
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu sibuk dan aktif
- Penggunaan perancangan keluarga (pil, suntikan atau IUCD)
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.