Sulit
3 tahun
Period tidak datang 3 tahun lebih
Saya sudah 3 tahun lebih tak period ? saya tahun ni dah 38 tahun, belum berkahwin, saya sudah berjumpa dengan doctor ,doctor bagitau saya masalah hormon, saya pun sudah check rahim saya tiada masalah dinding rahim nipis, doctor pun ada bagi ubat untuk pecahkan darah tapi saya masih tidak period lepas mengambil ubat tersebut…adakah tanda monopous? boleh saya tahu sebab2 nya doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah hormon tidak semestinya maksud menopause, mungkinnya sebab ovari anda tidak berfungsi seperti biasa, menghasilkan hormon yang tidak mencukupi; masalah pada sistem badan lain menyebabkan kurang rangsangan untuk pengeluaran hormon; stress, kegelisihan, berat badan yang kurang sihat, zat makanan kurang seimbang dan lain juga akan mempengaruhi keseimbangan hormon.
Selain itu, ubat pecah darah juga perlu diambil selama beberapa bulan untuk mengimbangkan semula tahap hormon anda dan berkesan.
Anda boleh merujukkan masalah ini kepada doktor anda untuk penjelasan dan cadangan lanjut. Sekiranya selepas itu gejala anda masih tidak sembuh atau tambah baik, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada Pakar Sakit Puan untuk menjalankan sebarang periksaan dan penyelidikan lanjut, mengetahui punca penyebab masalah hormon anda serta dapatkan rancangan rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.