Sulit
3 tahun
Period tidak datang selama 10 bulan
Saya wanita 20an tahun ni saya tidak datang selama 10 bulan…adakah berat saya yang menyebabkan period saya tidak datang… badan saya jadi sakit sakit kaki pon selalu cramp…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, period tidak datang boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Berat badan berlebihan atau berkurang (BMI>25; BMI<18.5)
- Peningkatan atau menurunkan berat badan secara ketara (bersenam berlebihan)
- Kesan pengambilan sebarang ubat seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista ovari, PCOS, radang pelvis dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Sekiranya anda kurang bersenam, berat badan berlebihan atau berkurang serta kekuatan otot yang kurang memuaskan, ia mungkinnya juga boleh menyebabkan sakit kekejangan kaki. Namun, kurang pengambilan kalsium atau produk berasas susu juga boleh menyebabkan gejala kekejangan otot secara kerap.
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda. Oleh itu, penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.