Sulit
2 tahun
Tidak datang bulan dan meloya
Kenapa awek saya tidak datang bukan dan meloya
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat.Antaranya ialah :
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Bagi pengetahuan anda, loya bukanlah sejenis penyakit, malah bukan juga gejala yang tidak spesifik.Terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan masalah ini.Antaranya ialah:
- Penyakit bergerak
- Jangkitan perut
- Migrain
- Bau tertentu
- Keracunan makanan
- Penyakit pinggang
- Kesakitan yang amat kuat
- Awal kehamilan
- Masalah penghadaman
- Toksin kimia
- Tekanan emosi (ketakutan)
Berkenaan masalah yang anda hadapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.