Sulit
3 tahun
Masalah period tidak datang setahun
Saya berumur 19 tahun dan setahun tak datang period. Beberapa hari lepas saya mengalami sakit perut teruk, sakit belakang, susah nak makan, tiada selera, rasa mual dan muntah, saya fikir itu merupakan masalah senggugut tapi bukan. Saya juga turut mengalami gastrik yang teruk disebabkan tidak dapat makan dan akhirnya doktor bagi saya ubat untuk merawat gastrik hari semalam. Saya juga masih merasa sakit perut sekarang dan kerap ingin kencing tetapi saya hanya kencing sedikit. Saya juga mengalami masalah sembelit. Sila bantu saya doktor!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah tidak datang haid selama setahun, sakit perut teruk, sakit belakang, susah nak makan, tiada selera, rasa mual, sembelit dan kencing tidak lawas. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, gejala anda sedang anda alami boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Kegemukan atau kurang berat badan ( BMI > 25 atau < 18)
- Peningkatan atau menurunkan berat badan secara ketara (bersenam berlebihan)
- Kesan pengambilan sebarang ubat seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista ovari, PCOS, fibroid dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Selain itu, masalah kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.