Sulit
3 tahun
Haid tidak datang dan perut berdenyut
saya remaja berumur 16 tahun , pada bulan 8 haid saya datang pada 30/08. dan skrng bulan 10 haid saya belum datang , perut saya juga berdenyut. doctor boleh tolong saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah haid tidak datang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid selalunya dikaitkan dengan pencelaruan hormon dalam badan. Ini adalah sesuatu perkara normal dalam kalangan remaja. Tetapi, ada kalanya ia boleh disebabkan oleh masalah lain seperti :
- stres
- masalah berat badan
- masalah tiroid
- penggunaan ubat perancang
- PCOS
- fibroid atau polip rahim
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca sebenar masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi atas talian kami untuk bercakap dengan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.