Sulit
3 tahun
Haid tidak datang 2 tahun
Saya suri rumah umur 21 tahun…saya ada masalah haid lpas bersalin anak no 2 pada 2019 n menyusu anak sehingga bulan 2 2021, bulan 7 saya ada mintak ubat turun darah dekat doktor dan darah keluar tapi 4 hari sahaja start bulan 8 smpai skrg period tk dtg lg…ada kemungkinan ke saya ada penyakit lain? sbb slalu doktor cakap hormon
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, masalah haid tidak datang boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Kegemukan atau kurang berat badan ( BMI > 25 atau < 18)
- Peningkatan atau menurunkan berat badan secara ketara (bersenam berlebihan)
- Kesan pengambilan sebarang ubat seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista ovari, PCOS, fibroid dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Kitaran haid boleh dipengaruhi oleh banyak faktor, seperti yang diterangkan di atas, tidak semestinya sesuatu penyakit.
Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda. Kemudian, penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai boleh dibincangkan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.