Sulit
2 tahun
Tidak ejakulasi semasa bersama suami
hi , sy wanita berumur 28 tahun , normalkah waktu bersama suami ssetengah wanita tu x rase nak ejakulasi (pancut) , just rase mcm nak terkencing tp x terkeluar , smpai suami bertanya x rase nak pancut ke , sy jadi down n malu , tp sy ok n puas je waktu bersama suami , cuma x rase nak pancut , maaf klau soalan agak lucah , sy risau sy yg bermasalah walau pun suami dah berusaha shabis baik utk bagi sy klimaks . tq dktor , maaf sgt2 soalan yg sensitif.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ejakulasi wanita adalah cecair yang lebih pekat dan berwarna keputihan yang menyerupai susu yang sangat cair.
Dan terbukti bahawa, tidak semua wanita pancut semasa hubungan seks. Jadi tidak ada sebarang masalah dengan anda, melainkan anda mengalami kesakitan semasa hubungan seks.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.