Sulit
3 tahun
Tidak membuang Air besar selama seminggu, perut menjadi buncit/kembung dan tidak selesa, saya kerap sendawa angin dalam badan dan kentut
Sebelum ini saya kurang minum air, sekarang saya susah nak membuang air besar…seminggu sekali baru membuang, kadang2 lebih seminggu…perut saya rasa kembung dan tak selesa, tapi saya tak rasa nak membuang langsung. Saya dah cuba makan dan minum untuk memudahkan pembuangan tapi sama juga.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami gejala sukar untuk membuang air besar dan perut rasa kembung dan tidak selesa. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal
- Penyalahgunaan julap.
- Kekurangan air.
Namun, perkara ini juga *boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih