Anonymous
3 years
Adakah dengan menderma darah.. seseorang itu boleh d jangkiti HIV
Di ringkas Kan cerita… Sy Baru kenal seorg llki… kami sudah berkawan hampir setahun dan Baru skrg dia beritahu dekat sy yang dia Ada penyakit HIV… ATAU PN PPC… lelaki tersebut cakap ia berpunca dr derma darah… kalau betul Dari derma darah… that means derma darah tak Ada ciri2 kelselamatan ke?? Terima kasih
3 years
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Kebanyakan orang mendapat jangkitan HIV melalui aktiviti seksual, penggunaan jarum seperti jarum suntik dan penerimaan darah yang dicemari jangkitan HIV. Jangkitan HIV tidak boleh merebak dalam air liur, air mata, air kencing dan peluh. Oleh yang demikian, jangkitan itu tidak menular dalam situasi sebegitu.
Jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.