Anonymous

3 years

Pertanyaan HIV dgn sama jantina

Saya telah melakukan sex dgn sama jantina tetapi hanya cium dan isap sahaja… adakah saya ada pontensi mendapat HIV. SayA kena tunggu berapa hari untuk check rapid test kit. Mohon bantu.

Terima kasih kerana menghubungi kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.

Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. HIV dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.

Lapisan mukosa itu sendiri juga merupakan salah satu ruang lapisan dimana dapat berlakunya transmisi HIV. Malah luka pada lapisan tersebut justeru meningkatkan lagi risiko transmisi.

Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV dengan bantuan pihak kesihatan.

“Rapid test kits” adalah cara ujian HIV yang cepat di mana keputusan dapat diketahui dalam masa 30 minit. Kit tersebut menggunakan sampel air liur atau darah. Jika keputusan ujian “rapid test kit” menunjukkan “reactive” atau positif, ia bermaksud anda mempunyai jangkitan HIV dan perlu menjalani ujian darah untuk mengesahkan keputusan ini. Jika ia menunjukkan “non-reactive” atau negatif, anda perlu menjalani ujian yang sama dalam masa enam bulan.

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

penyakit-hiv

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.