Anonymous
3 years
Keputihan bersama darah kecokelatan
Sya perempuan 18 tahun dan sya mengalami maslh ini slps jatuh dalam bilik air.Pda tgh mlm 20/8/21 sya merasa sakit pada bahgian bawah perut saya dan beransur-ansur berkurang pada paginya.Namun kembali sakit dan mengalami keputihan bercampur darah kecokelatan pda tgh mlm 21/8/21 setelah sya jatuh dalam bilik mandi pda waktu maghrib.kenapakah hal ini berlaku?Adakah ia berbahaya??
3 years
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pengeluaran darah haid berwarna coklat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.