
Anonymous
3 years
Kesan sampingan vaksin pfizer
Saya merupakan seorang perempuan yang berumur 20 tahun. Pada 11/08 hari itu, saya telah menerima suntikan pertama pfizer. Kesan sampingan yang saya alami adalah sakit tekak, demam, lenguh, mengantuk dan hilang selera makan. Kesan sampingan saya berakhir seminggu selepas suntikan. Adakah suntikan dos kedua saya akan mempunyai kesan sampingan yang lebih teruk?

3 years
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin Pfizer. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Anda mungkin mengalami kesan sampingan sama seperti yang anda alami semasa dos pertama tetapi tidak semestinya ianya akan memudaratkan kesihatan anda. Anda boleh merujuk perkara tersebut kepada petugas kesihatan yang berdekatan jika ianya bertambah teruk. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination
To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here
To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here