Anonymous

3 years

Pernafasan tidak sempurna

saya nk brtnya… sy ada rasa kurang selesa dengan pernafasan sy… cnth sy menguap tpi sy dpt rasakn sy menguap tidak sempurna (menguap yg tidak sepuasnya) … adkh ia dsbbkn masalah prnafasan spt jntung? atau mcm mna ye? dan kebiasaanya ia trjdi pada wktu mlm

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!

Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

  • keletihan yang terlalu berat
  • kekurangan gula / air dalam darah
  • faktor psikologi (i.e. stres, cemas dll)

Namun ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:

  • gangguan muskoloskeletal
  • gangguan endokrin / metabolik
  • gangguan psikiatri
  • penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus

Buat sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
  • jangan melangkau waktu makan (skip meals)
  • jauhi faktor-faktor yang boleh memicu stres atau tekanan
  • meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
  • mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
  • memastikan diri bearda pada posisi yang betul apabila berkerja, duduk, baring & tidur

Anda dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejaal seperti:

  • mual / muntah
  • pening / sakit kepala
  • pitam / tidak sedarkan diri
  • hilang selera makan atau penurunan berat badan yang mendadak
  • gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:

  • analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan darah
  • pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)

Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

AdobeStock_59157407

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.