
Sulit
3 tahun
Adakah sleeping gummy selamat dimakan untuk atasi sukar tidur malam
saya sukar tidur malam, dan kawan saya recommend saya untuk consume sleeping/sleepy gummies. persoalan saya selamat atau tidak untuk consume gummy ni? ada side effect? adakah boleh buat kita ketagih? dan legal ke untuk consume di malaysia. terima kasih dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang pasti mengenai kandungan yang digunakan untuk membuat produk yang dinyatakan oleh anda. Oleh itu, kami kurang pasti akan kelebihan dan kesan sampingannya.
Selain itu, anda juga boleh lakukan perkara ini sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah tidur:
- Tidur dalam keadaan bilik dan diri yang selesa
- Pastikan bilik anda gelap dan senyap
- Sekiranya anda memerlukan stimulasi untuk tidur, pasang muzik yang menenangkan
- Elakkan daripada menggunakan gajet sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.