
Sulit
3 tahun
Air kencing berwarna coklat sikit
Selamat sejahtera doctor, saya baru accident motor semalam, saya langgar kereta tapi cedera ringan,saya pergi hospital x- ray ok je cuma luka biasa doctor cakap makan ubat tahan sakit radang dan tiada injection , saya balik rumah ok tiada apa2 masalah selepas semasa tidur saya rasa pundi kencing macam rasa sakit sikit sentuh. hari ini sudah bengkak sikit, tapi saya tiada rasa nak ke tandas selepas accident semalam petang sampai pagi tadi, petang pula saya kencing berwarna coklat sikitlah tak pekat cuma berbeza seperti biasa.saya tak tahu apa nak buat sekarang doctor.
Adakah saya perlu pergi hospital atau tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan masalah anda, kami memahami bahawa anda telah mengalami kemalangan jalan raya sebelum episod kencing berwarna coklat. Kini anda merasa sakit pada pundi kencing dan bengkak. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda nyatakan seiring dengan hematuria(Haematuria) iaitu darah pada kencing. Darah pada air kencing tidak sepatutnya berlaku kecuali ketika kitaran haid berlaku. Punca hematuria adalah:
- Trauma
- Infeksi pada saluran kencing
- Masalah pendarahan
- Nefropati IgA
- Kanser
Anda mungkin mempunyai pendarahan dalaman daripada kemalangan yang anda alami. Tetapi tanpa pemeriksaan teliti dan ujian klinikal diagnosis yang tepat tidak dapat dibuat. Saya sarankan agar anda ke hospital untuk rawatan segera. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.