
Sulit
3 tahun
Air mani keluar sendiri adakah normal,dan penyebabnya
hi doc,saya lelaki berusia 18 tahun ada kah normal apabila saya melihat vid porno,air mani saya akan keluar tampa ransangan pada kemaluan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, pengeluaran cairan yang dimaksudkan adalah air mazi biasanya berlaku sewaktu terangsang secara seksual. Oleh itu, sekiranya air mazi and keluar sewaktu anda teransang, ianya bukan satu masalah yang harus dirisaukan kerana ianya normal.
Akan tetapi, pada sesetengah orang pula, terdapat keadaan apabila air mazi keluar tanpa sengaja, iaitu tanpa berasa ada tarikan seksual, air mazi atau air mani tetap keluar. Pengeluaran mazi tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal. Kadang tanpa mimpi terjadi pengeluaran air mazi sehabis bangun tidur
- Kesan samping ubatan
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.