
adda.sabri1012
5 tahun
Anak Demam malam berlanjutan
Anak umur 4 tahun sudah 6 malam demam malam… Siang hari aktif & tdk demam… Ubat sudah diberikan pada hari ke 3 demam… Batuk & selsema pun ada… Masih tiada tanda-tanda nk baik… Pada jumaat lalu di sekolahnya, ada dia beritahu jatuh tersembam & mengenai dagu… Tiada kecederaan luar, cuma lebam sahaja… Pagi sabtu badan sedikit panas & muntah kahak… Mohon berikan pendapat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan demam dalam kalangan kanak-kanak boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti:
- Jangkitan kuman (virus/bakteria) seperti tibi, jangkitatan pneumonia dan lain-lain lagi
- Penyakit auto-imun seperti SLE
- Penyakit vaskulitis seperti Penyakit Kawasaki
- Penyakit-penyakit malignan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.